Tuesday, 18 December 2012

debaran 2012

ohhoooohoiii , eh eh  bagi la salam dulu.. assalamualaikum :) lame dah tak update blog ni .. mesti dah berhabuk , fuhh fuh. dah hilang habuk tuu :) btw ni dah bulan 12 dah.. mesti ramai dah buat preparation untuk sekolah tahun depan kan ? betul tak ? anis pun macam tu jugak , sibuk buat persiapan untuk tahun depan.. tapi results PMR  belum tau lagi , esok 19.12.2012 results PMR secara rasmi diumumkan kat semua sekolah . SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN JASMIN 2 , jugak  tak terlepas dengan semua tu .. semua pelajar dah gelabah dah ni , tidur tak lena , makan tak kenyang , mandi tak basah , eh dah macam orang bercinta la pulak , bercinta dengan results boleh jugak kan :3
double woww , mama dah tanye' nak hadiah ape ?' kat anis ,' anis tak fikir lagi la mama' .. hahahha , sebenarnya banyak dalam otak ni nak mintak . hmm nanty dah dapat results anis mintak lah :)
heheheh jantung dah berdebar debar ni , semua perasaan bercampur aduk . bila anis cakap kat aiman yang anis takut nak ambik results , nak tau dia cakap apa ? dia cakap relax , kita dah buat yang terbaik . huh -.- macam mana nak relax ni .. habaq mai kat chek . hahah dah keluar dah slang kedah anis . heheh .
ape ape pun doakan results anis dapat membanggakan ibubapa anis yeee !! hehehe .

Tuesday, 28 August 2012

Perjalanan sebuah kehidupan :)

 SEMUA INI BARU PERMULAAN SAHABATKU :)
Setelah aku mendengar , melihat , dan menyelidik masalah yang kau hadapi , aku faham bahawa bukan mudah untuk mengharungi semua masalah ni . Hidup ni memerlukan kesabaran , semua orang mempunyai masalah tersendiri yang mereka tidak boleh berkongsi dengan sesiapa . Aku harap kau boleh sabar , tabah dengan semua ni . Allah S.W.T hanya menguji kau dengan kehadiran seseorang yang istimewa dalam hidup kau buat sementara waktu , DIA hanya ingin menguji kesabaran kau . Mungkin suatu hari nanti akan hadir seorang insan yang lebih baik , dan menghargai kau sepenuhnya . Aku harap kau akan selalu ingat pesanan aku bahawa 'Allah akan selalu menguji hambanya yang mampu menghadapi ujiannya' . Aku doakan kau supaya kau berjaya , dan selalu bahagia dalam menghadapi liku-liku kehidupan . Ni nasihat daripada seorang sahabat kepada seorang sahabat yang disayanginya :)



Assalamualaikum :)
sahabatmu : ANIS :)
Insyaallah aku akan selalu berada disampingmu ketika senang dan susah . :)

Wednesday, 13 June 2012


 
 
fuh-.- lame sangat kan tak dapat update blog . rindu pulak kat blog nie ...
dah lame tak update mesti la banyak story yang dialami .... 
pelbagai kisah suka dan duka anis hadapi dengan kawan2 . dayah , puteri n the eight . selalu ada disamping .
tapi bulan 6 ni . banyak perkara yang tak dijangka berlaku .Anis menangis dengar masalah puteri n dayah . anis memang nak tolong tapi masalah ni kene diri sendiri yang usaha . tapi tak pe . anis selalu ada disamping korang walaupun masalah tu sebesar mane pun . Anis harap dayah n puteri kuatkan semangat macam yang cikgu cakap tadi . kita kena kuatkan semangat jangan bagi diorang mempermainkan perasaan kita .
anyway . anis love u all <3 . kita selalu bersama . bak kata pepatah 'bercerai roboh , bersatu teguh ' .
tu kata2 yang anis pegang selama ni untuk kuatkan diri . lagi satu . kumbang bukan sekuntum bak kata cikgu tadi :) hidup mesti diteruskan . bak kata puteri ' aja aja fighting ' . kuatkan diri tau girls ....
 
 
                                                                                                                                    -anis a.k.a zomba-

Monday, 23 January 2012

NOTHINGS

 
 Alhamdililallah , hari dapat jugak nk buat post pertama untuk tahun 2012.
Tahun ni berbeza sikit sbb nk PMR la katakan pejam celik2 dah nk habis bulan 1 .Dah x boleh nk main2 lagi mcm tahun sebelumnya . Kena study smart tahun ni lebih sikit . Ape-ape pun semoga berjaya . AMIN .

Wednesday, 28 December 2011

2011 . 2 wawasan

wah ! kenangan 2 wawasan .. kelas ni gempak dan happy  dgn adanya geng2 ayin...hahha...hari2 selalu ade je lawak dia yang menghiburkan hati semua kawan2...sampai cikgu pun gelak sekali n dah x tahan nk gelak .. tpi dalam suka tu ada jugak kisah duka yang terselit dalam kegembiraan tu . Dalam kelas ni bermulalah detik persahabatan kami semua ..yang x kenal , menjadi kawan rapat . Tahun depan , kita mungkin x sama kelas lagi kerana keputusan exam kita berbeza2 dan aku harap persahabatan kita x akan putus 'ibarat tali yang disimpul mati'  kalau jumpe atau berselisih tu tegur-tegur la jangan nak sombong pulak  .. hahhaha :) 

                               aku nak ucapkan gudluck untk PMR yeeee !

Tuesday, 27 December 2011

senyuman :)

wah ! 
manisnya senyuman , gembiranya hati apabila melihat seseorang tu tersenyum .  hilang kepenatan , dan semua masalah ....eh , bayangkan kita melihat orang yang kita sayang tersenyum melihat kejayaan kita . wow . mesti kita gembirakan kan ....
ermmm...kita mesti suka melihat kawan-kawan kita berjaya kan , apatah lagi . kalau kita juga turut berjaya seperti mereka . 
kita mesti lagi gembira apabila melihat rakan-rakan kita gembira kerana mereka bahagia ....
tapi , yang menjadi masalahnya . apabila rakan kita tidak membalas senyuman kita .Comfirm kita tertanya2 'eh , kenapa dia x balas senyuman aku ni , pelik betul .sombong la dia ni '...
Kalau kawan kita jadi mcm ni . kita jgn tuduh mcmtu . mungkin dia ada masalah ke ??
cube tanye dia . 'kenapa ?'....kalau dia ada masalah . anda cuba nasihatkan rakan anda tu tntg perkara yg positif tau , supaya dia dapat rasakan yg anda sudi mendengar masalah dia . buatlah rakan anda gembira :)

Thursday, 22 December 2011

2012

wah ! pejam celik . pejam celik . tahun 2011 dah pun nk melabuh kan tirai . tahun 2012 melambai-lambai .Tahun 2011 mempunyai seribu satu peristiwa yang dilalui oleh aku atau korang ..... Nampaknya , tahun depan kita harus berusaha dgn lebih gigih untuk mencapai ape yang diimpikan oleh kita untuk menggembirakan ibu bapa kita . Syukur , kita diberikan peluang untuk menghadapi tahun 2012 .